About Us

TENTANG SEKOLAH KAMI
SEJARAH

About

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar atau nama ringkasnya SMK Sultan Omar, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Yahya Ahmad, Dungun, Malaysia.

Pada 2019, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar memiliki 386 orang pelajar lelaki dan 407 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 793 orang pelajar. Sekolah Kebangsaan Sultan Omar juga mempunyai seramai 86 orang guru.

KEMUNCULAN SMK SULTAN OMAR

Owner

SMK Sultan Omar berasal daripada sekolah rendah yang dikenali sebagai Dungun English School (DES). Sekolah yang mula beroperasi pada tahun 1955 ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Kewujudan SMK Sultan Omar bermula pada tahun 1959 dengan bermulanya sebuah kelas tingkatan satu. Kelas ini diisi oleh 35 orang murid DES yang lulus Malayan Secondary School Entrance Examination pada tahun sebelumnya.

Oleh itu, tingkatan satu ini merupakan DES peringkat menengah, yang masih dalam satu pentadbiran dengan DES peringkat rendah. Guru besarnya pada masa itu ialah Encik Abdul Manap bin Said.

Kumpulan pelajar perintis DES menengah itu mengambil peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) pada tahun 1961. Daripada 35 orang calon, 19 orang sahaja yang layak melanjutkan pelajaran di tingkatan empat pada tahun 1962. Pada masa itu guru besarnya ialah Encik M.F. Kularatnam.

Pada bulan Januari 1963, DES menengah memperoleh pentadbiran sendiri apabila DES menengah diasingkan pentadbirannya daripada DES asal. Dengan pengasingan itu, DES menengah dikenali dengan nama Dungun English Secondary School (DESS). Guru besar pertama yang diberi kepercayaan mentadbir DESS ialah Encik Lim Teh Eng, seorang lulusan Universiti Malaya Singapura. Pada tahun yang sama, pelajar perintis DESS telah menduduki peperiksaan Over Seas Certificate (OCS) dan Federal Malayan Certificate (FMC). Ketika DESS diketuai oleh Encik Jamaluddinbin Ali, sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh Menteri Pelajaran, Encik Mohd Khir bin Johari pada 25 Jun 1968.

Pada tahun 1975, selaras dengan perkembangan sistem pelajaran kebangsaan, sekolah menengah Inggeris ini ditukar menjadi sekolah menengah aliran Melayu. Serentak dengan perubahan itu, namanya ditukar menjadi Sekolah Menengah Sultan Omar (SMSO). Ketika itu, sekolah ditadbir oleh guru besar kelapan, Encik T.N. Varughese. Pengajian Tingkatan Enam diperkenalkan pada tahun 1989. Tiga puluh satu orang pelajar perintis mengikuti pengajian tersebut dalam aliran sastera. Ketika itu, SMSO ditadbir oleh Tuan Haji Che Daud @ Zakaria bin Yacob.

Harapan Pejabat

WhatsApp Image 2026-04-28 at 11.28.09

Bangunan Pentadbiran SMK Sultan Omar

SELAMAT DATANG KE SMK SULTAN OMAR

Melahirkan pelajar berilmu, berdisiplin dan berakhlak mulia ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.

KETAHUI LEBIH LANJUT
BARISAN PENGURUSAN SEKOLAH
KENALI PASUKAN KAMI

Our Team

Barisan Kepimpinan Sekolah terdiri daripada warga pengurusan yang berpengalaman, komited dan berdedikasi dalam memacu kecemerlangan sekolah. Dengan semangat kerjasama, kepimpinan yang berkesan serta komitmen yang tinggi, pihak pengurusan sentiasa berusaha memastikan pembangunan akademik, sahsiah dan kokurikulum murid dapat dilaksanakan secara holistik demi melahirkan generasi yang cemerlang, berdaya saing dan berakhlak mulia.

rohana zahari
Hajah Rohana binti zahari
PENGETUA

Pemimpin berwibawa dan berdedikasi dalam memastikan kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum sekolah.

pkp
Mohd afzarizam bin mamat
Penolong kanan pentadbiran

Pentadbir yang sistematik dan komited dalam pengurusan kurikulum serta kecemerlangan akademik sekolah.

wan annuar
Wan mohd annuar bin wan muSA
Penolong kanan hem

Prihatin dan bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan, disiplin dan sahsiah murid.

anuar muda
Anuar bin muda
Penolong kanan ko

Aktif dan kreatif dalam memperkasa penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dan kepimpinan.

Bersama mencipta kecemerlangan dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Subscribe